0
Musyarakah
Posted by Unknown
on
05.32
Pengertian
secara bahasa
Musyarakah secara bahasa diambil
dari bahasa Arab yang berarti mencampur. Dalam hal ini mencampur satu modal
dengan modal yang lain sehingga tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Kata
syirkah dalam bahasa Arab berasal dari kata syarika (fi’il madhi), yashruku
(fi’il mudhari’) syarikan/syirkatan/syarikatan (masdar/kata dasar); ertinya
menjadi sekutu atau syarikat (kamus al Munawar) Menurut erti asli bahasa Arab,
syirkah bererti mencampurkan dua bagian atau lebih sehingga tidak boleh
dibedakan lagi satu bagian dengan bagian lainnya, (An-Nabhani)
Pengertian
secara fiqih
Adapun menurut makna syara’, syirkah
adalah suatu akad antara 2 pihak atau lebih yang sepakat untuk melakukan kerja
dengan tujuan memperoleh keuntungan. (An-Nabhani)
Bentuk
Musyarakah
Hukum Syirkah
Syirkah hukumnya mubah. Ini
berdasarkan dalil hadith Nabi s.a.w berupa taqrir terhadap syirkah. Pada saat
Baginda diutus oleh Allah sebagai nabi, orang-orang pada masa itu telah
bermuamalat dengan cara ber-syirkah dan Nabi Muhammad s.a.W membenarkannya.
Sabda Baginda sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: Allah ‘Azza wa
jalla telah berfirman; Aku adalah pihak ketiga dari 2 pihak yang bersyirkah
selama salah satunya tidak mengkhianati yang lainnya. Kalau salah satunya
khianat, aku keluar dari keduanya. (Hr Abu dawud, alBaihaqi dan adDaruquthni)
Imam Bukhari meriwayatkan bahwa Aba Manhal pernah mengatakan , “aku dan rekan
pembagianku telah membeli sesuatu dengan cara tunai dan utang.” Lalu kami
didatangi oleh Al Barra’bin azib. Kami lalu bertanya kepadanya. Dia menjawab, “
Aku dan rekan kongsiku, Zaiq bin Arqam, telah mengadakan pembagian. Kemudian
kami bertanya kepada Nabi s.a.w tentang tindakan kami. Baginda menjawab:
“barang yang (diperoleh) dengan cara tunai silkan kalian ambil. Sedangkan yang
(diperoleh) secara utang, silalah kalian bayar” Hukum melakukan syirkah dengan
kafir Zimmi Hukum melakukan syirkah dengan kafir zimmi juga adalah mubah. Imam
Muslim pernah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan: “Rasulullah
saw pernah memperkerjakan penduduk khaibar(penduduk Yahudi) dengan mendapat
bagian dari hasil tuaian buah dan tanaman”
Rukun Syirkah
Rukun syirkah yang asas ada 3
perkara iaitu: a) akad (ijab-kabul) juga disebut sighah b) dua pihak yang
berakad (‘aqidani), mesti memiliki kecekapan melakukan pengelolaan harta c)
objek aqad(mahal) juga disebut ma’qud alaihi, samada modal atau pekerjaan
Manakala syarat sah perkara yang
boleh disyirkahkan adalah adalah objek tersebut boleh dikelola bersama atau
boleh diwakilkan.
Pandangan Mazhab Fiqih tentang
Syirkah Mazhab Hanafi berpandangan ada empat jenis syirkah yang syari’e iaitu
syirkah inan, abdan, mudharabah dan wujuh. ( Wahbah Az Zuhaili, Al Fiqh al
Islami wa Adillatuhu) Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah yaitu
syirkah inan, abdan dan mudharabah. Menurut mazhab syafi’e, zahiriah dan
Imamiah hanya 2 syirkah yang sah yaitu inan dan mudharabah. Mazhab hanafi dan
zaidiah berpandangan ada 5 jenis syirkah yang sah yaitu syirkah inan, abdan,
mudharabah, wujuh dan mufawadhah.
Ada pun pembagian boleh samada
berbagi hak milik (syirkatul amlak) atau/dan pembagian aqad Syeikh Taqiuddin
AnNabhani dalam kitabnya Sistem Ekonomi Alternatif Perspektif Islam berijtihad
terdapat 5 jenis syirkah yang syari’i sama seperti pandangan mazhab Hanafi dan
Zaidiah.
1.
Syirkah Inan
Syirkah inan adalah syirkah yang
mana 2 pihak atau lebih, setiap pihak menyumbangkan modal dan menjalankan
kerja. Contoh bagi syirkah inan: Khalid dan Faizal berbagi menjalankan
perniagaan burger bersama-sama dan masing-masing mengeluarkan modal RP.50.000
setiap seorang. Perkongsian ini diperbolehkan berdasarkan As-Sunnah dan
ijma’sahabah. Disyaratkan bahawa modal yang dibagi adalah berupa uang. Modal
dalam bentuk harta benda seperti kereta mestilah diakadkan pada awal transaksi.
Kerja sama ini dibangun oleh konsep perwakilan(wakalah) dan
kepercayaan(amanah). Sebab masing-masing pihak, dengan memberi/berkongsi modal
kepada rekan kongsinya bererti telah memberikan kepercayaan dan mewakilkan
kepada rekan kongsinya untuk mengelola perniagaan. Keuntungan adalah
berdasarkan kesepakatan semua pihak yang bekerja sama manakala kerugian
berdasarkan peratusan modal yang dikeluarkan. Abdurrazzak dalam kitab Al-Jami’
meriwayatkan dari Ali r.a yang mengatakan: “kerugian bergantung kepada modal,
sedangkan keuntungan bergantung kepada apa yang mereka sepakati”
2.
Syirkah
Abdan
Perkongsian abdan adalah perkongsian
2 orang atau lebih yang hanya melibat tenaga(badan) mereka tanpa melibatkan
perkongsian modal. Sebagai contoh: Jalal adalah tukang buat rumah dan Rafi
adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan proyek sebuah rumah. Perkongsian
mereka tidak melibatkan perkongsian kos. Keuntungan adalah berdasarkan
persetujuan mereka. Syirkah abdan hukumnya mubah berdasarkan dalil As-sunnah.
Ibnu mas’ud pernah berkata” aku berkongsi dengan Ammar bin Yasir dan Saad bin
Abi Waqqash mengenai harta rampasan perang badar. Sa’ad membawa dua orang
tawanan sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun” (HR Abu Dawud dan
Atsram). Hadith ini diketahui Rasulullah s.a.w dan beliau membenarkannya.
3.
Syirkah Mudharabah
Syirkah Mudharabah adalah syirkah
dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu pihak menjalankan kerja (amal)
sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal). (An-Nabhani, 1990: 152). Istilah
mudharabah dipakai oleh ulama Iraq, sedangkan ulama Hijaz menyebutnya qiradh.
(Al-Jaziri, 1996: 42; Az-Zuhaili, 1984: 836). Sebagai contoh: Khairi sebagai
pemodal memberikan modalnya sebanyak RM 100 ribu kepada Abu Abas yang bertindak
sebagai pengelola modal dalam pasaraya ikan.
Ada 2 bentuk lain sebagai variasi
syirkah mudharabah. Pertama, 2 pihak (misalnya A dan B) sama-sama memberikan
mengeluarkan modal sementara pihak ketiga (katakanlah C) memberikan menjalankan
kerja sahaja. Kedua, pihak pertama (misalnya A) memberikan konstribusi modal
dan kerja sekaligus, sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya memberikan
konstribusi modal tanpa konstribusi kerja. Kedua-dua bentuk syirkah ini masih
tergolong dalam syirkah mudharabah (An-Nabhani, 1990:152). Dalam syirkah
mudharabah, hak melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengelola. Pemodal
tidak berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengelola terikat
dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal. Jika ada keuntungan, ia
dibagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengelola, sedangkan kerugian
ditanggung hanya oleh pemodal. Sebab, dalam mudharabah berlaku wakalah
(perwakilan), sementara seorang wakil tidak menanggung kerosakan harta atau
kerugian dana yang diwakilkan kepadanya (An-Nabhani, 1990: 152). Namun
demikian, pengelola turut menanggung kerugian jika kerugian itu terjadi kerana
melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal.
4.
Syirkah Wujuh
Disebut syirkah wujuh kerana
didasarkan pada kedudukan, ketokohan atau keahlian (wujuh) seseorang di tengah
masyarakat. Syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak (misalnya A dan B) yang
sama-sama melakukan kerja (amal), dengan pihak ketiga (misalnya C) yang
mengeluarkan modal (mal). Dalam hal ini, pihak A dan B adalah tokoh masyarakat.
Syirkah semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudharabah sehingga
berlaku ketentuan-ketentuan syirkah mudharabah padanya. (An-Nabhani, 1990:154)
Bentuk kedua syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang
bersyirkah dalam barangan yang mereka beli secara kredit, atas dasar
kepercayaan pedagang kepada keduanya tanpa sumbangan modal dari masing-masing
pihak. Misalnya A dan B tokoh yang dipercayai pedagang. Lalu A dan B bersyirkah
wujuh dengan cara membeli barang dari seorang pedagang C secara kredit. A dan B
bersepakat masing-masing memiliki 50% dari barang yang dibeli. Lalu keduanya
menjual barang tersebut dan keuntungannya dibagi dua, sedangkan harga pokoknya
dikembalikan kepada C (pedagang). Dalam syirkah kedua ini, keuntungan dibagi
berdasarkan kesepakatan, bukan berdasarkan nisbah barang dagangan yang
dimiliki. Sedangkan kerugian ditanggung oleh masing-masing pengusaha wujuh
usaha berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujuh kedua ini hakikatnya termasuk dalam
syirkah ‘abdan (An-Nabhani, 1990:154). Namun demikian, An-Nabhani mengingatkan
bahawa ketokohan (wujuh) yang dimaksud dalam syirkah wujuh adalah kepercayaan
kewangan (tsiqah maliyah), bukan semata-mata ketokohan di masyarakat. Maka dari
itu, tidak sah syirkah yang dilakukan seorang tokoh (katakanlah seorang menteri
atau pedagang besar), yang dikenal tidak jujur atau suka memungkiri janji dalam
urusan kewangan. Sebaliknya sah syirkah wujuh yang dilakukan oleh seorang
biasa-biasa saja, tetapi oleh para pedagang dia dianggap memiliki kepercayaan
kewangan (tsiqah maliyah) yang tinggi misalnya dikenal jujur dan tepat janji
dalam urusan kewangan.
5.
Syirkah Mufawadhah
Syirkah mufawadhah adalah syirkah
antara 2 pihak atau lebih yang menggabungkan semua jenis syirkah di atas
(syirkah inan, ‘abdan, mudharabah dan wujuh). Syirkah mufawadhah dalam
pengertian ini, menurut An-Nabhani adalah boleh. Sebab, setiap jenis syirkah
yang sah berdiri sendiri maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah
lainnya. Keuntungan yang diperoleh dibagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan
kerugian ditanggung sesuai dengan jenis syirkahnya; iaitu ditanggung oleh
pemodal sesuai dengan nisbah modal (jika berupa syirkah inan) atau ditanggung
pemodal sahaja (jika berupa syirkah mudharabah) atau ditanggung pengusaha usaha
berdasarkan peratusan barang dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah
wujuh). Contoh: A adalah pemodal, menyumbang modal kepada B dan C, dua jurutera
awam yang sebelumnya sepakat bahawa masing-masing melakukan kerja. Kemudian B
dan C juga sepakat untuk menyumbang modal untuk membeli barang secara kredit
atas dasar kepercayaan pedagang kepada B dan C. Dalam hal ini, pada awalnya
yang ada adalah syirkah ‘abdan iaitu B dan C sepakat masing-masing bersyirkah
dengan memberikan konstribusi kerja sahaja. Lalu, ketika A memberikan modal
kepada B dan C, bererti di antara mereka bertiga wujud syirkah mudharabah. Di
sini A sebagai pemodal, sedangkan B dan C sebagai pengelola. Ketika B dan C
sepakat bahawa masing-masing memberikan suntikan modal di samping melakukan
kerja, bererti terwujud syirkah inan di antara B dan C. Ketika B dan C membeli
barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya bererti
terwujud syirkah wujuh antara B dan C. Dengan demikian, bentuk syirkah seperti
ini telah menggabungkan semua jenis syirkah yang ada yang disebut syirkah
mufawadhah.
6.
Syirkah Al Milk
Syirkah Al Milk mengandung arti
kepemilikan bersama (co-ownership) yang keberadaannya muncul apabila dua orang
atau lebih memperoleh kepemilikan bersama (joint ownership) atau suatu kekayaan
(aset). Misalnya, dua orang atau lebih menerima warisan/hibah/wasiat sebidang
tanah atau harta kekayaan atau perusahaan baik yang dapat dibagi atau tidak
dapat dibagi-bagi. Contoh lain, berupa kepemilikan suatu jenis barang
(misalnya, rumah) yang dibeli bersama. Dalam hal ini, para mitra harus berbagi
atas harta kekayaan tersebut berikut pendapatan yang dapat dihasilkannya sesuai
dengan porsi masing-masing sampai mereka memutuskan untuk membagi atau
menjualnya. Untuk tetap menjaga kelangsungan kerja sama, pengambilan keputusan
yang menyangkut harta bersama harus mendapat persetujuan semua mitra. Dengan
kata lain, seorang mitra tidak dapat bertindak dalam penggunaan harta bersama
kecuali atas izin mitra yang bersangkutan. Syirkah al milk kadang bersifat
ikhtiyariyyah (ikhtiari/sukarela/voluntary) atau jabariyyah (jabari/tidak
sukarela/involuntary). Apabila harta bersama (warisan/hibah/wasiat) dapat
dibagi, namun para mitra memutuskan untuk tetap memilikinya bersama, maka
syirkah al milk tersebut bersifat ikhtiyari (sukarela/voluntary). Contoh lain
dari syirkah jenis ini adalah kepemilikan suatu jenis barang (misalnya rumah)
yang dibeli secara bersama. Namun, apabila barang tersebut tidak dapat dibagi-bagi
dan mereka terpaksa harus memilikinya bersama, maka syirkah al milk bersifat
jabari (tidak sukarela/involuntary atau terpaksa). Misalnya, syirkah di antara
ahli waris terhadap harta warisan tertentu, sebelum dilakukan pembagian.

Posting Komentar